4 perkara menarik tentang isteri Presiden baru Mesir

Najlaa Ali Mahmoud rasmi menjadi wanita pertama bagi rakyat Mesir. Namun, beliau tidak mahu disebut wanita pertama. Naglaa lebih memilih sebutan pelayan bangsa.

Isteri Presiden Mesir yang baru terpilih, Mohamed Morsi itu berbeza dengan Suzanne Mubarak. Najlaa memilih hidup sederhana dan bersahaja.

Sebagai ibu rumah tangga, Naglaa memilih memakai abaya, sehingga mencerminkan perempuan kebanyakan di negara Piramid itu.

Inilah fakta menarik tentang kehidupannya:

Tentang Ikhwanul Muslimin:

"Dr Mursi bergabung dengan Ikhwanul Muslim 31 tahun yang lalu, apabila kami tinggal di Los Angeles. Anggota gerakan tersebut sangat terbuka dan menjelaskan bahawa penglibatan dalam gerakan berisiko penjara, dan salah satu hal yang penting adalah bahawa isteri setuju dengan jalan hidup tersebut sehingga rumah tangga tidak goyah.''

'' Bagi kami, keluarga adalah sangat penting. Jadi, jika sang isteri tidak mampu menghadapi ekspektasi-ekspektasi tersebut, maka anda tidak akan dipaksa menyertai. Dr Mursi datang pada saya dan mengatakan bahawa dengan bergabung menjadi anggota Ikhwanul Muslimin ada risiko penjara dan hilang pekerjaan. Semua itu terjadi pada saat kami masih di Amerika. Saya katakan padanya, 'Tidak ada masalah. Tidak ada masalah. Mari kita jalani, Insya Allah. '"


Pesannya kepada golongan Kristian Koptik di Mesir.

"Saya ingin mengatakan bahawa kita ada di tanah air yang sama, keturunan yang sama. Islam tidak membezakan antara Muslim dan Kristian. Sebaliknya, kami belajar bahawa dalam Islam, umat Islam dan Kristian mempunyai hak penuh yang sama di negara yang sama. Mereka mempunyai apa yang kami punya, dan kita semua mempunyai kewajipan yang sama. Saya peribadi mengenal ahli masyarakat beragama Kristian, baik perempuan maupun laki-laki, dan saya bersyukur pada Tuhan, hubungan saya dengan mereka baik. "

Tentang peranan sebagai ibu negara dan presiden.

"Dalam Muslim Brotherhood, kedudukan presiden dianggap sebagai pelayan nombor satu, kerana presiden republic ini seharunya menjadi pelayan utama Mesir. Ia yang akan menjadi sponsor, dan ini adalah ajaran Islam. Dalam Islam, sesiapa sahaja yang memimpin dan menguruskan urusan negara, seperti yang dikatakan oleh khalifah Umar bin Khattab, 'jika ada unta yang jatuh di daerah Levant, saya yang akan diminta pertanggungjawaban.' Inilah Islam. "

Tentang suaminya.

"Ia orang yang sangat seimbang, sangat serius. Ini bukan kerana ia suami saya. Tapi memang sifatnya seperti itu. Ia adalah sangat seimbang dan rasional serta bermental politik. Saya telah berkahwin dengannya selama hampir 31, 32 tahun. Saya tidak bilang dia pelawak, tapi ia punya selera humor dan pandai menghibur. Ia serius di saat yang serius dan menghibur di kala susah. "


Comments