Keunikan berpuasa di Amerika

Suasana Ramadhan sama sekali tidak terasa di Dearborn, Michigan. Padahal di bandar ini terdapat komuniti Muslim yang tergolong besar.

Abbas Ammar, pengurus Restauran Al-Ameer, tetap membuka rumah makannya seperti biasa. Pelanggan restorannya yang kebanyakan non-Muslim membuatnya sibuk bekerja seperti pada bulan-bulan lain.

"Enam puluh peratus pelanggan Al-Ameer adalah non-Muslim. Mereka sama sekali tidak terpengaruh oleh Ramadhan, "papar Ammar.

Ketika ditanya sama ada sukar berpuasa sambil tetap bekerja tanpa tergoda mengudap, dia berkata, "Saya berusaha tetap sibuk seperti biasa. Saya tahu ini bulan Ramadhan, dan saya berpuasa kerana Allah. Jadi mata saya tertuju pada sesuatu yang mendatangkan pahala. "

Apa yang dialami Ammar ini merupakan hal yang umum dirasakan Muslim yang berpuasa di Amerika. Berbagai kesibukan dan aktiviti yang biasa dilakukan mereka sehari-hari tidak berubah sama sekali. Ini menjadikan puasa di Amerika lebih merupakan urusan peribadi.

Namun, di banyak tempat di Amerika, aspek kemasyarakatan Ramadhan yang umumnya dilakukan di masjid atau tempat-tempat berkumpul lain sangat menonjol di mana buka puasa dilakukan dengan cara potluck, iaitu setiap orang yang datang diharapkan membawa sumbangan makanan untuk dinikmati bersama; budaya yang bagi kebanyakan orang Timur tidak biasa. Tetapi, dengan cara ini kita boleh "keliling dunia" merasa pelbagai hidangan antarabangsa, kerana berbuka dengan orang dari pelbagai latar belakang etnik dan bahkan non-Muslim.

Kehadiran warga non-Muslim dalam acara berbuka ini semakin terlihat lazim di Amerika. Ashraf Sufi dan keluarganya yang tinggal di Topeka, Kansas, misalnya, kerap mengundang tetangga-tetangganya yang non-Muslim untuk berbuka bersama.

Ia mengatakan bahawa acara berbuka di rumahnya sudah lama menjadi seperti ajang dialog antara agama, kerana seringkali kedatangan kira-kira 70 orang, termasuk dari kelompok Nasrani, Yahudi, Buddha, dan Bahai.

Seiring dengan keunikan tradisi puasa ini, teknologi dunia maya juga berperanan besar dalam membantu Muslim menyesuaikan budaya Ramadan dengan irama kehidupan Amerika yang serba cepat. Blog "My Halal Kitchen," misalnya, membantu para ibu menyiapkan aneka hidangan berbuka secara cepat setiap hari tanpa membuat dapur berantakan.

Tempahan makanan halal siap saji melalui internet membantu mereka yang tidak punya masa untuk masak, khususnya para lajang dan mahasiswa, untuk berbuka atau sahur. Sementara, banyak yang menggunakan pelbagai media sosial, seperti Tweeter, untuk saling berkaitan apakah untuk mengajak sahur bersama di restauran yang buka 24 jam atau membahas Al-Qur'an di masjid.

Jadi, budaya Ramadan di Amerika bukan sahaja unik, tetapi juga khas, kerana "diciptakan" oleh mereka yang ingin memenuhi kewajipan sebagai pemeluk agama Islam dan meningkatkan ketakwaan.

Comments