Pirlo puji pemain tengah Jerman

Sebagai pemain dalam posisi yang sama, Andrea Pirlo tahu benar bagaimana rupa Mesut Ozil. Pemain Jerman itu disebut Pirlo sebagai otak permainan Der Panzer di sepajang perhelatan Euro 2012.

Pirlo yang juga menjadi jentera serangan skuad Itali itu tidak segan memuji kekuatan Jerman. Menurut pemain tengah milik Juventus itu, Joachim Loew disesaki banyak pemain hebat. Tapi Ozil, menurut Pirlo yang paling penting dalam skuad Jerman.

Untuk itu, Pirlo meminta rakan-rakannya untuk berwaspada pergerakan jentera tengah Real Madrid tersebut. "Skuad Jerman dihuni banyak bakat hebat, tapi yang paling mendesak terhadap permainan adalah Ozil," puji Pirlo.

Selain faktor kewujudan Ozil, Pirlo juga menilai faktor waktu rehat lebih lama yang dimiliki Die Mannschaft boleh menjadi mempengaruhi semifinal Piala Eropah 2012, Jumaat (29/6). "Perbezaan waktu rehat dua hari dalam sebuah perlawanan besar kesannya. Akan lebih baik jika hal itu dibuat lebih berimbang," kata Pirlo.



Comments