Menyesal Pada Malam Pertama Di Alam Barzakh


Selama mana belum mati, selama mana roh kita tidak melepasi halkum kita maka di atas muka bumi ini, setiap ucapan bismillahirrahmanirrahim akan mendapat pahala. Setiap ucapan subhanallah ditulis oleh malaikat. Setiap 10sen dimasukkan kerana Allah, maka dikirakan kebaikan oleh Allah SWT. 

Maka ramai yang menyesal di malam pertama di alam barzakh. Ramai yang memohon kepada Allah berulang-ulang robbirjiun. Boleh kah tidak ya Allah, kembalikan kami sebentar sahaja di atas muka bumi mu. Untuk apa wahai yang meminta pada hari pertama di barzakh? Dia kata Ya Allah, beri aku hidup sekejap sahaja, aku nak buat amalan soleh yang tidak aku sempat aku lakukan. Tuhan kata, tidak sama sekali. - Kuliah Ustaz Wadi Annuar

Comments