Setiap Hari Adalah Hari Terakhir Bagi Kita Semua



Nama alam ini adalah alam dunia. Di sini ada dosa, ada pahala, ada ibadat, ada maksiat dan dunia ini satu-satunya alam untuk manusia untuk kumpul pahala. Selesai alam dunia yang kita tidak tahu bila nak mati, saya yang walaupun mnegajar Al-Quran hadis siang malam saya pun tidak tahu bila Allah akan arahkan malaikat maut untuk datang mengambil nyawa saya. 

Tetapi setiap hari adalah hari terakhir bagi kita semua. Apabila manusia dia faham hari itu dan dia anggap hari itu adalah hari terakhir bagi dia, waktu itu baru lah dia nak sembahyang dengan rukuk dan sujud yang lama. Apabila manusia mengajar diri dia bahawa hari itu adalah hari terakhir bagi kehidupan dia. Waktu itu kalau dia pegang Al-Quran, dia akan pegang Al-Quran dan baca dalam tempoh yang panjang. Kerana dengan itu ulama selalu ajar diri mereka, orang-orang soleh, wali-wali Allah, para-para sahabat dulu kala selalu ajar hari ini adalah hari terakhir bagi kami. 

Andainya subuh esok adalah waktu untuk Allah mengarahkan malaikat maut datang ambil nyawa kita, maka Isyak adalah sembahyang paling akhir. Kita nak bawa Isyak paling akhir bagaimana untuk dihadapkan di hadapan Allah. Kalau dia adalah Isyak yang terbaik bagi kita, maka berbahagialah orang yang membawa satu solat yang palaing sempurna untuk dihadapkan kepada Allah SWT. Sebab itu orang soleh sembahyang panjang. Sebab itu orang soleh bila baca Al-Quran dia baca lama kerana mereka selalu berkata hari ini dalah hari yang terakhir.

Abu Bakar apabila dia sedekahkan hartanya, dia memberikan kesemuanya, dia kata boleh jadi esok sudah tiada. Cara kekasih-kekasih Allah, cara orang-orang beriman berfikir. Selepas alam dunia, semua kita akan pergi ke alam barzakh. Satu alam yang asing tiada adik beradik, tidak kenal siapa, harta pun tidak bawa, pangkat pun tidak bawa. Mereka tidak letak apa pun dalam keranda kita. Alam barzakh semua orang akan pergi, semua orang akan lalui satu alam yang asing. Selalu ulama berkata alam itu gelap gelita bagi orang yang tidak membawa amal. Sudah lah gelap, sempit. Sudah lah sempit, bumi menghimpit hingga berlaka tulang rusuk kiri dan kanan.

Barkzah ini adalah pintu gerbang untuk masuk ke alam akhirat. Ia bukan lagi alam akhirat. Barzakh ia ada sifat dunia dan ada sifat akhirat. Antara sifat akhirat yang ada dalam alam berzakh ialah manusia tidak lagi melakukan amal ibadat dalam alam berzakh. Tiada lagi amal ibadat. Kalau tiada hati untuk baca Al-Quran, minta kepada Allah. Kalau Allah tidak bagi juga, minta kepada Allah satu hati yang baru untuk mencintai Al-Quran, untuk mencintai solat, untuk mencintai sedekah, untuk mencintai bangun malam. Kerana apa sahaja ibadat yang disenaraikan ketahuilah ia adalah yang terakhir ketika kita hidup di dunia ini. - Kuliah Ustaz Wadi Annuar

Comments