Seorang sahabat Nabi kakinya luka disebabkan penyakit sudah merebak, perawatnya ketika itu berkata kaki mesti dipotong sebelum merebak ke tempat yang lain. Sahabat berkata potong lah kakinya sementara berada dalam keadaan solat, buat apa saja. Ketika solat, kakinya dipotong. Kalau sekarang ada ubat bius dan lebih canggih, dahulu secara manual. Dipotong kaki itu sehingga sahabat selesai mengerjakan solat dan sahabat bertanya sudah selesaikah. Tidak terasa. Di manakah nilai khusyuk agaknya solat kita sekarang ini? Kita apabila masuk dalam solat, seribu satu masalah dalam fikiran, hal-hal fulan dan kita selesaikan dalam solat. Ertinya hubungan kita dengan Allah melalui solat ini adalah jauh.
Tiada khusyuk, malu kita kepada Allah SWT kerana solat kita hanya pergerakan badan sahaja. Berapa ramai yang mendirikan solat tetapi tidak mendapat apa-apa fadilat dalam solatnya kecuali letih sahaja kerana tiada penghayatan dalam solat.
Allah berfirman solat mencegah orang melakukan perkara keji dan mungkar. Ini telah diberi tahu oleh Allah yang telah mengsyariatkan kepada kita solat. Kalau solat kita tidak dapat menjaga kita, mulut ini, tangan ini, kaki dan semua anggota tubuh badan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, jangan kita menuduh solatnya, tuduh kita bagaimana dalam solat itu. Berapa ramai solatnya hanya pergerakan badan sahaja. Mencuri, menipu, pecah amanah lalu di manakah letaknya solat?
Baginda Rasulullah bersabda ketika mana melihat orang solat memainkan janggutnya dalam solat. Kata Baginda Rasulullah kalau hati orang ini khusyuk anggota tubuh badannya juga akan khusyuk. Jangankan perbuatan mungkar dan keji ditinggalkan, anggota badannya akan tenang ketika berhadapan dengan Allah SWT. Insafi kekurangan solat kita. Memang kita sangat kurang dalam solat tetapi jangan biarkan ia kurang. Minta kepada Allah solat yang kita lakukan ini ada kesannya kepada perbuatan, kepada hati, kepada lisan dan kepada anggota tubuh badan ini untuk kita mendapatkan hakikat makna daripada solat.
Comments