Kaum Perdalaman Yang Tidak Tahu Tentang Islam, Adakah Masuk Neraka?



Soalan. Penyembahan bahala itu dosa besar dalam Islam dan Allah tidak akan ampun seseorang penyembah berhala. Bagaimana dengan orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam?Sebagai contoh di India hampir semua populasi beragama hindu dan sepanjang hidupnya mungkin mereka tidak tahu mengenai Islam. Apakah nasib mereka? Adakah mereka tidak akan masuk syurga? Adakah Allah tidak akan masukkan mereka ini ke dalam syurga? Apa salah mereka jika mereka percaya apa yang diajar kepada mereka sejak mereka lahir? Tidak boleh kah Allah mengampunkan mereka?

Jawapan. Bagaimana orang-orang yang lahir dalam keluarga orang bukan Islam dan orang tua mereka menyembah berhala, apa salah mereka? Kenapa Allah menghukum mereka ini? ini satu pertanyaan yang bagus. Itu lah kenapa Nabi Muhammad bersabda setiap anak yang lahir dalam keadaan fitrah, setiap anak terlahir sebagai muslim, terlepas sama ada lahir dari keluarga yahudi, keluarga kristian atau keluarga hindu atau keluarga muslim, dia terlahir sebagai muslim. 

Muslim sebagaimana yang saya beritahu sebelum ini, denfinisi muslim ialah seseorang yang tunduk kepada Tuhan. Jadi setiap anak yang ketika lahir, dia sudah tunduk kepada Tuhan. Dan dimasa berikutnya dia dipengaruhi oleh orang tuanya, oleh gurunya. Maka dia pun mula menyembah berhala, dia mungkin menyembah api dan mungkin dia tersesat. Itu lah kenapa orang bukan Islam menerima Islam, disebut dengan lebih tepat "masuk Islam kembali" bukan "masuk Islam". Masuk Islam bermaksud berganti dari agama ke agama yang lain. Masuk Islam kembali bermaksud orang itu lahir dalam agama yang benar, tersesat ke agama yang salah dan kembali kepada agama yang benar. Jadi lebih tepat disebut masuk Islam kembali. 

Kembali kepada soalan, bagaimana mungkin Allah membuat seseorang bertanggungjawab jika dia lahir dalam keluarga bukan Islam. Itulah kenapa jika anak itu terlahir dalam keluarga bukan Islam sebelum dia mencapai umur dewasa, jika dia meninggal dunia dia akan masuk syurga Insya Allah. Kenapa? setiap anak menunduk dirinya kepada Tuhan, dia seorang muslim. Dia mungkin bernama kristian atau hindu, John atau Rama. Ini tidak membuat perbezaan. Selama dia seorang anak dan dia meninggal dunia ketika kanak-kanak Insya Allah dia akan masuk syurga sama ada dari keluarga bukan Islam atau keluarga Islam. 

Seterusnya, dia mencapai umur dewasa maka ia merupakan tanggungjawabnya apa yang dia lakukan. Jika seseorang yang melakukan kejahatan, pengadilannya lebih jelas. Ketika dia menjadi dewasa, dia tidak boleh berkata ayahku menyuruh aku mencuri, maka aku lakukannya. Jika anak itu mencapai umur 22 tahun dan polis menangkapnya selepas mencuri dia tidak boleh berkata ayahku suruh aku mencuri, aku turuti sahaja, adakah hakim akan meleaskannya sahaja. Jika dia masih umur 5 tahun, hakim boleh berkata lepaskan sahaja dia masih kanak-kanak yang belum dewasa. Tetapi ketika dia mencapai umur dewasa dan dia berkata aku mencuri kerana ayahku suruh. Alasan itu tidak akan diterima. Setiap orang bertanggungjawab apa yang dia dilakukan. 

Ketika dia menjadi dewasa ini merupakan tanggungjawabnya untuk mencari kebenaran. Ini adalah kewajipan kami sebagai muslim untuk menyampaikan dakwah kepada bukan muslim. Seseorang terlepas menerima dakwah atau tidak, jika seseorang manusia itu dibiarkan bebas. Ada dua kaum yang tidak berhubung dengan peradaban moden sehingga tahun 1950. Salah satunya kaum Kapauku dan yang kedua suku kaum Aborigin di Australia. Kedua suku kaum ini tidak berhubung dengan peradaban moden sehingga tahun 1950. Ketika para pengkaji cuba meneliti apakah perjalanan hidup mereka ternyata sama seperti Islam tetapi mereka tidak menyebut diri mereka sebagai muslim. Mereka percaya Tuhan itu satu, Mereka percaya tuhan itu tidak bergambar, tidak berhala. Mereka bersujud ketika menyembah Tuhan. Semua seperti Islam kecuali namanya. Jadi kika seseorang anak tidak menerima pengaruh luar apa pun, dia akan tunduk kepada Tuhan dan tetap di jalan itu. Dan ketika seseorang itu menjadi dewasa, ini merupakan kewajipan kami sebagai muslim untuk menyampaikan dakwah Islam. Jika kami tidak menyampaikannya, kami akan dipertanggungjawabkan. - Dr. Zakir Naik








Comments