Dalam berita disebut, muka pun dia sebut dan saya kurang senang. Isu dalam berita saya pun baca, saya pun terkejut tentang interaksi lucah pendakwah terkenal. Ia muat naik juga dialog itu. Dialog lucah itu, dia muat naik, orang boleh baca. Memang ada ditulis di situ nama Ebit Lew.
Saya terus terus mengatakan bahawa dalam era teknologi sekarang tidak mustahil orang menipu. Saya juga bimbang tentang diri saya. Suatu hari, nauzubillah, tuan-tuan baca..oo Dr Danial, astarfirullah. Saya bimbang tentang diri saya sendiri. Tidak mustahil orang guna nama saya mengatakan saya telah memperdayakan perempuan itu dan saya buat jahat dengan perempuan ini. Astarfirullah, minta disimpangkan. Minta Allah simpangkan dari saya tapi saya punya bimbang mengeletar saya baca berita itu. Sebab saya bukan fikir dia buat, saya fikir saya akan kena juga. Mungkin Ebit Lew tidak buat, Tapi teknologi jahat hari ini, teknologi itu ok. Teknologi di tangan orang jahat menjadi bahan manipulasi yang menyebabkan orang yang baik menjadi jahat. Itu yang saya terfikir.
Jadi hari ini apabila orang tanya saya tentang Ebit Lew, saya nak kata kalau anda anak murid Dr Danial betul-betul anda tutup mulut. Anda jangan komen langsung bab ini. Never, sebab ini peluang untuk mendapat dosa besar. Apatah lagi polis sedang buat siasatan. Saya sebutkan tadi bahawa mungkin ini tipu daya. Mungkin itu, mungkin ini. Tapi sebab kita tidak sure kita tidak tahu, kita jangan komen. Beri sangka baik pun boleh. Beri sangkaan baik kita pun boleh, mungkin bukan dia, pun ok. Saya ambil sikap begitu sebab polis sedang buat siasatan, give it to them. Wahai polis buat cara adil.
Anak murid saya jangan komen bab ini jangan forward kepada siapa pun. Ini bukan kerja kita. Akhlak kita jangan sampai rendah seteruk itu. Kalau orang lain nak buat, walaupun dia itu ustaz, biar mereka buat. Kita jangan ikut rentak orang selepas kita belajar ilmu tentang akhlak dan sebagainya. - Kuliah Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
Comments