Bolehkah Kita Solat Berjemaah Di Belakang Wahabi, Syiah?



Soalan. Apakah hubungan kita dengan ahli bida'ah? 

Ahlul sunnah waljamaah menyatakan ahli bida'ah ini ialah ahli kumpulan yang masih lagi dalam Islam tetapi sudah terkeluar dari pengangan ahlul sunnah waljamaah seperti syiah dan wahabi. Apakah hubungan kta dengan mereka? kita hukumkan mereka sebagai orang Islam lagi. Selagi mana mereka tidak menyatakan kekufuran yang nyata. Jika mereka kata Tuhan itu ada dua atau mereka kata benda yang tidak layak dengan Tuhan baru lah mereka jadi kafir. Selagi mana mereka tidak menyatakan perkara-perkara yang menunjukkan kafir secara nyata. 

Kalau dalam solat, mereka jadi Iman? boleh, tidak ada masalah. Orang kata wahabi salah tapi orang kita pergi Mekah solat berimam di Masjid Nabawi. Di Masjid Nabawi itu rata-rata Imam adalah wahabi. Tapi di sini kita kata sesat, pergi ke sana solat jemaah dengan Imam mereka. Sudah diberitahu mereka masih Islam lagi. Kalau mereka jahat tahap berzina setiap malam, minum arak setiap malam sah untuk jadi imam kita. Dosa dia tidak melekat atas kepala kita sedikit pun. Ini kaedah ahlul sunnah waljamaah. Saidina Anas sahabat Rasulullah, dia berimam dengan seorang gabenor dari bani umaiyyah seorang yang jahat. 

Bani umaiyyah ada seorang panglima perang mereka, Hajjaj ibn Yusuf. Dia bunuh sahabat, ulama, tabi'in beribu orang. Dia jadi imam ketika Anas ibn Malik di belakangnya. Ini sahabat Rasulullah, sembahyang di belakang orang fasik. Maka ada orang menegur Anas ibn Malik, hai Anas, kamu sahabat engkau sembahnyang di belakang orang ini? orang ini jahat dan zalim. Kata Saidina Anas ibn Malik, dosa dia tidak melekat sedikit pun di atas kepalaku. Solatku sah selagi mana dia beriman dengan Tuhan. Oleh itu kita tak boleh kata wahabi di sini sesat tapi bila kita pergi ke Mekah kita sembahnyang dengan mereka. Kena faham.

Ada seorang tok guru besar di Kedah. Dia pergi ke Mekah, tidak sembahyang di Masjidil Haram. Dia buat umrah dan balik. Ada orang tanya, kenapa tok guru pergi ke Mekah tak sembahnyang (tidak beriman dengan wahabi). Dia jawab buat umrah sahaja bukan untuk sembahyang di belakang wahabi. Ada sesetengah tok guru berfatwa tidak boleh sembahyang di belakang wahabi. Tapi kita secara umumnya ahlul sunnah waljamaah masih beri kelonggaran sembahyang di belakang wahabi, syiah sebab mereka masih Islam lagi. - Ustaz Muhaizad al Yamani

Comments