Syaitan Kencing Dalam Telinga Orang Yang Tidur Waktu Subuh Hingga Terbit Matahari



Barang siapa yang bila bangkit daripada tidurnya, berwuduk dengan memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya. Sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidungnya. Ulama membahas, bagaimana syaitan bermalam dalam lubang hidung manusia?

Sebahagian ulama mengatakan itu cuma simbol sahaja, sebahagian ulama lagi mengatakan tidak, itu hakikat. Nabi pernah kaitkan beberapa perkara yang berkaitan dengan syaitan dan apa yang dilakukan oleh syaitan terhadap manusia khususnya orang yang tidur di waktu subuh sampai matahari terbit. Syaitan buang air kencing di telinga orang yang tidur tadi. 

Alangkah murahnya telinga ini bagi orang yang tidur di waktu subuh dan tidak merasa menyesal apabila bangkit di waktu matahari terbit. Perasaan menyesal apabila terlewat bangkit akan memberikan semangat kepada kita untuk tidak terlewat bangkit daripada solat subuh. Masalahnya apabila sudah terbiasa khususnya sabtu ahad. Hari cuti, subuhnya cuti sekali. Jangan biarkan telinga yang cukup berharga ini yang Allah bagi kepada kita menjadi tempat sarang pembuangan najis syaitan. 

Tanamkan dalam diri untuk bangkit subuh dan tidak akan membiarkan telinga ini tempat pembuangan najis syaitan. Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda syaitan mengalir dalam tubuh anak Adam umpama mengalirnya aliran darah. Dalam hal ini ungkapan-ungkapan Baginda Rasulullah adalah menyentuh tentang bagaimana bahaya syaitan ketika menganggu manusia seperti syaitan membuang najisnya, mengalir dalam tubuh anak Adam dan juga dalam hadis ini mengatakan syaitan berada dalam lubang hidung. Ertinya syaitan sentiasa berada untuk mencari tempat untuk menjadi sarang kepada syaitan demi menganggu anak-anak Adam

Comments