Kata Nabis Musa as, 'Ya Rabb, aku mendapati dalam lauhin mahfuz, orang kalau berazam untuk berbuat baik tapi tidak dibuat, Kau berikan ganjaran kepada dia. Jadikan sifat itu untuk umat aku, kata Allah, itu umatnya Nabi Muhammad. kemudian Nabi Musa tanya balik, 'Ya Allah, aku dapati dalam lauhin mahfuz (yang bermaksud diilhamkan, dimaklumkan tentang apa yang termaktud dalam lauhin mahfuz) ada golongan orang yang berazam untuk berbuat baik, kalau berbuat perbuatan baik itu Engkau berikan paling sedikit ganjaran 10 (1 ganjaran baik dijadikan 10), jadikan mereka itu umat ku'. Yakni Nabi Musa minta untuk umatnya juga supaya umatnya banyak ganjaran, banyaknya ganjaran menyebabkan banyaknya balasan dan juga darjat di syurga. Kata Nabi Musa, jadikan mereka umat ku. Kata Allah, itu umatnya Ahmad.
Kemudian Nabi Musa tanya balik, 'Ya Allah, aku dapati dalam lauhin mahfuz, kaum kalau berazam nak berbuat maksiat tapi tidak dibuat kerana gerun, takut kepada Allah. jadikan mereka umat ku' Kata Allah, itu umatnya Ahmad. Lalu Nabi Musa tanya balik, 'Ya Allah aku dapati dalam lauhin mahfuz satu kaum ingin membuat perbuatan maksiat, lalu mereka buat perbuatan maksiat itu. Engkau catit satu dosa. Jadikan mereka umat ku' Allah berkata, itu umatnya Ahmad.
Berbandingannya, berbuat baik diberi ganjaran 10. Berbuat jahat diberi dosa 1 bukan 10. Kata Nabi Musa 'Jadikan mereka umat ku' Kata Allah itu umatnya Ahmad. Itu untuk pemberian kepada umatnya Nabi Muhammad SAW. Kata Nabi Musa ' Ya Allah kamu jadikan benda itu semua untuk umat Ahmad, jadikan aku sekali umatnya Nabi Muhammad SAW. Kata Allah SWT, Kelebihan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana Nabinya.
Maka, menjadi umat Nabi Muhammad adalah kita bersyukur kepada Allah SWT, syukurnya itu tunjukkan lah sikit, akhlaknya Nabi, sikapnya Nabi, Nasihatnya Nabi. Jangan berkata saja "aku umat Nabi Muhammad", apa yang dia buat? Jadi perlunya seseorang untuk menghargai nikmat tersebut kerana ini Allah yang sudah bagi.
Adakah pernah kita meminta untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW? Kita dicipta oleh Allah untuk dilahirkan di zaman sekarang ini yakni terus menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Sebagai satu isyarat bahawasanya Allah jadikan umat ini, yang dinisbahkan kepada umat Nabi Muhammad ingin diberikan kebaikan yang lebih. Hargai, ini pemberian oleh Allah SWT dengan teladangi Nabi Muhammad SAW. - Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Comments