Soalan. Ustaz kata nikmat paling besar dalam dunia ialah ketika nyawa dicabut mati syahid. Bila mana Nabi wafat menanggung sakaratulmaut begitu dahsyat sedangkan Baginda kekasih Allah.
Paling nikmat dalam dunia ini ialah mati syahid. Dalilnya dalam hadis orang yang mati syahid dia minta Allah hidupkan kembali untuk merasai sekali lagi mati syahid kerana nikmat. Tiba-tiba sakaratulmaut itu sakit, yang mana betul? Jawabnya sakit sakaratulmaut bagi orang syahid tidak ada. Mereka rasa sedap, rasa lazat ketika kena bom, kena tikam dengan lembing dan apa-apa saja yang bunuhnya mati syahid. Lain daripada mati syahid mereka akan dapat rasa sakaratulmaut sekali pun para Nabi dan para Rasul. Sebab itu Nabi cemburu dengan orang mati syahid. Sahabat tanya kenapa cemburu, kamu sudah Nabi? Nabi jawab, Aku para Nabi mati disembahyangkan, mati dimandikan.
Orang mati syahid tidak disembahyangkan, tidak dimandikan. Sangat-sangat istimewa orang mati syahid. - Kuliah Ustaz Azhar Idrus
Comments