Mari belajar dari kisah Saidina Umar al-Khattab ra. Suatu hari Saidina Umar al-Khattab ra memegang ranting kayu lalu beliau katakan, alangkah bahagianya kalau aku jadi seperti mu, alangkah bahagianya bila ibuku tidak melahirkan ku. Kenapa? Kerana tiada amalan yang perlu dihisab. Tiada perbuatan yang mesti dipertanggungjawabkan.
Saidina Umar al-Khattab ra pernah berkata, seandainya semua manusia masuk ke syurga, seandainya seluruh umat Nabi Muhammad masuk ke dalam syurga kecuali seorang sahaja dan aku takut orang itu adalah aku, kata Umar. Mari belajar daripada Umar, bagaimana mahu membuat baik tanpa perlu merasa baik. Dalam peribadi mu dalam pandangan mu, engkau harus menjadi manusia yang paling hina kerana dengan merasa hina ini lah kita akan menggarap seluruh kebaikan. Kita akan berbuat baik kenapa? Kerana kita masih jahat. Kita kena berbuat baik kenapa? Kerana kita masih belum baik.
Tapi apabila ada yang merasa diri sudah baik, merasa sudah cukup untuk berbuat baik. Ini sebenarnya sudah tidak baik. Maka dalam perkara ini Sheikh Abdul Qadir al-Jailany mengajarkan kita. Ketika engkau melihat anak kecil janganlah kamu sangka yang kamu lebih baik daripada dirinya kerana banyaknya ibadah-ibadah kamu. Tetapi lihat bagaimana anak kecil itu bersih daripada dosa sedangkan kamu besar bergelumang dengan dosa. Bila kamu melihat orang bermaksiat jangan kamu sangka kamu lebih baik, mereka lebih hina daripada kamu. Tapi lihat lah dari pandangan lain, penentuan itu ada di akhir. Bagaimana akhir hidup kamu, suul khotimah kah? husnul khatimah kah? Boleh jadi orang yang bermaksiat boleh bertaubat di akhir hayat. Sedangkan kamu di akhirnya mungkin mati suul khotimah. Nauzubillah.
Wahai orang yang dimuliakan oleh Allah, mari belajar dari kisah, dalam bulan yang baik, teruskan lah berbuat baik tanpa merasa diri yang paling baik.
Comments