Pengikut Imam Mahdi Ajak Saya berdebat Di Halaqah - Dato Dr Danial Zainal Abidin



Ada orang telefon Dr. Danial, Sheikh dia Imam Mahdi. Nak ajak kami berdebat live di Halaqah. Sebab kami kata di dalam tv Imam Mahdi belum datang. Dia marah, dia telefon saya dia sudah ada, tok guru kami. Tok guru tu dia orang mana? Jawab orang Malaysia tapi keturunan tok arab.

Dr Danial jawab, Imam Mahdi di bai'ah di Mekah. Jawabnya mereka, kami bai'ah kat Mekah. 

Dr Danial jawab, dia ada sifat-sifat dia. Jawab mereka, kami sudah check dah muka semua macam Nabi sebut. 

Dr Danial jawab, kalau Imam Mahdi datang, dajjal mesti datang. Jawab mereka, itu lah kami doa supaya tidak keluar lagi.

Dr Danial jawab, kalau macam tu saya hendak beritahu doa-doa supaya dajjal jangan cerdik ya. Terus berdoa, jangan debat, doa supaya dajjal terus tidak muncul. Kerja besar ni. Jawab mereka, ok ok Assalamualaikum.

Sebab kita banyak kerja lain. bila Imam Mahdi betul-betul keluar insyaAllah tidak perlu cari. Orang yang betul-betul beriman Allah akan izinkan dia kenal al Mahdinya. Ada seorang makcik beritahu saya, Dr Danial saya nak doa kepada Allah saya nak tengok betul-betul depan mata kepala saya hari khiamat berlaku. Seorang makcik dengan keyakinan dia nak tengok betul-betul bila sangkakala ditiupkan, bergoncang   إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا      tok imam baca ayat tadi, bergoncang habis. 

Saya berkata, kak tak faham kan ceramah saya. Kak tak faham kan ceramah Dr Danial, kak dengar saja kan. Kenapa Dr, Dr kata begitu kenapa. Kak tak dengar ceramah saya, kak dengar sahaja, kak tak faham. Jawab kak tersebut, maksud Dr?

Dalam ceramah saya, saya mengatakan selepas matahari terbit dari barat pintu taubat tertutup. Ertinya selepas itu tiada lagi orang islam. Semua kafir sehingga di penghujung api dari Yaman menghalau manusia, itu selepas matahari terbit dari barat lagi lah semua orang kafir masa itu. Dan ketika tiada siapa pun yang menyebut Allah, kiamat berlaku. Kalau kak hidup ketika itu kak terkutuk. Kak pun kafir macam orang lain. Nauzubillah kak tak mahu tengok.

Jadi tak perlu tunggu kiamat tuan-tuan puan-puan, yang kita perlu awas apa dia..kematian kita sendiri. Itu seeloknya kita fokuskan. Jangan tangguh-tangguh, itu yang kita kena buat sekarang. Kiamat lambat lagi dan kita kena lakukan seberapa segera, apa dia yang Allah sebut segera bertaubat, minta ampun kepada Allah. Ya Allah dosa saya masih banyak, solat pun qada tidak dapat lima. Saya sudah bertaubat tidak mahu lagi tinggal solat. Ya Allah saya bermaksiat, tidak mahu lagi bermaksiat.

Taubat disegerakan, itu jangan tunggu. Kedua ilah amal soleh supaya dengannya kita layak ke syurga. Syurga itu kata Allah sebagai motivasi kepada kita keluasannya langit dan bumi. Dan yang ketiga ialah syukur jangan kufur. Itu sifirnya. Sifirnya TIS. T taat. I inggat. S syukur. - Kuliah Dato Dr Danial Zainal Abidin

Comments