Bacalah. Surah Ini Akan Mempertahankan Kamu Di Alam Barzakh Nanti



Nabi kata saat berada seseorangan dalam alam yang gelap gelita, dihimpit oleh bumi yang keras, didatangi oleh pelbagai-pelbagai makhluk Allah yang kita tidak kenal. Saat itu tiada siapa yang boleh membantu kita. Saat itu ialah saat yang pasti kita lalui.

Waktu itulah akan datang dua malaikat yang disebutkan oleh Rasulullah iaitu malaikat Munkar dan Nakir. Nabi kata malaikat Munkar dan Nakir ini pun datang. Malaikat Munkar dan Naki ini kerja mereka untuk menghukum orang yang baru turun di alam barzakh. Malaikat datang untuk pukul. Malaikat datang tak cakap banyak. Malaikat tanya 3 soalan, boleh jawab lepas, tidak boleh jawab dia pukul. Di tangannya ada besi. Kata Rasulullah malaikat ini sangat lah besar. Matanya seperti bintang kebiru-biruan, kedua-dua badan mereka gelap. Ketika mereka bertutur akan mengeluarkan api dari mulut mereka. Di tangan mereka ada penukul daripada besi. Seandainya penukul itu dihempap di atas gunung yang kuat nescaya berkecai gunung itu. 

Turun malaikat ini tiba-tiba ada satu surah datang dari arah kepala orang itu menghalang malaikat itu, dia kata jangan. Dia (surah) tahan malaikat ini. Malaikat kata ketepi. Surah ini kata tidak. Allah memberikan aku kelebihan untuk melindungi orang yang membacaku ketika di dunia dulu. Malaikat pergi ke kaki. Surah itu pergi ke kaki. Malaikat pergi ke kanan. Surah itu pergi ke kanan. Malaikat itu pergi ke kiri. Surah itu pergi ke kiri. Malaikat itu pergi ke depan dan belakang. Surah itu mempertahankan tuan dia daripada dipukul. 

Nabi kata surah itu ialah surah Al Mulk. Satu-satunya surah yang boleh mempertahankan tuan dia daripada disentuh oleh malaikat Munkar dan Nakir. Kita tidak tahu bila Allah nak ambil nyawa kita. - Kuliah Ustaz Wadi Annuar



Comments