Ada Seribu Kali Haji Pun, Dengki Dengan Orang Licin Habis Pahala Haji -UAI



Kalau kamu ada seribu kali haji pun kata ulama, ada dengki dengan orang, licin haji kamu. Jangan main-main dengan dengki. Apakah makna dengki? Ada dua makna yang pertama sakit hati apabila tengok orang beriman dapat nikmat. Maka kamu dikira dengki, habis amalan. Yang kedua mencita-citakan hilang nikmat daripada orang Islam orang beriman. Salah satu ini kamu ada, kamu dikira fasik, orang yang mendengki.

Penyakit ini fitrah manusia, kalau kita dapat nikmat mesti ada orang sakit hati. Nabi kata siapa yang ada dengki maka dengki dia itu akan menghanguskan, akan memakan amalan-amalannya sendiri seperti api menghanguskan kayu kering. Ambil kayu kering itu dan letak dalam api, hangus. Kayu basah pun boleh dihangus oleh api. Kayu kering itu umpama amalan kita selama ini. Api itu sifat dengki kita. 

Orang dengki ini kalau dia sembahyang pun sembahyangnya tidak khusyuk. Kalau sembahyang tidak diterima. Hangus habis. Akhirat nanti amalan pahala dia diberi kepada orang yang dia dengki. Apa yang kita ada? Tiada bekal, kosong habis kerana kamu dengki dengan orang.

Malaikat baca pahala sembahyang sebesar bukit tetapi kena beri kepada Deraman kerana hari itu kamu dengki dengan dia. Haji tiga kali beri kepada Mamat pasal dahulu kamu dengki dengan Mamat, habis pula haji. Bawa pahala puasa ramadan tiga buah bukit beri kepada Pok Leh kerana hari itu kamu dengki dengan Pok Leh. Habis licin maka kita pun muflis. Bila muflis diheret masuk ke dalam neraka. 


Comments