Penjajah Jadikan Agama Lain Politik Lain - Almarhum TGNA



Penjajah sebut agama lain, politik lain. Ini ajaran yang dibuat oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu ketika zaman itu. Penjajah Belanda di Indonesia. Penjajah Perancis di Timur Tengah dan sebagainya yang menyebabkan orang Islam berasa betul iaitu agama lain politik lain. 

Agama bagi orang Islam ialah sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan. Ini senarai yang dibuat oleh penjajah. Benda itu saya nak sebutkan salah. Kita ada akhirat jadi sebanyak mana benda yang ada di atas muka dunia ini kita mesti sesuaikan supaya ia berguna di akhirat kelak. 

Jual beli. Kita boleh jual beli tapi pastikan jual beli kita ini atas dunia dapat duit dan kita juga dapat pahala dan pahala ini duit untuk kita beli di akhirat kelak. Kalau kita pergi ke Siam, duit kita tidak laku kerana ia kerajaan lain. Duitnya dipanggil Bath. Akhirat kelak? Kerajaan lain.

Akhirat kelak segala-galanya orang lain yang pegang kerajaan. Sudah tidak ada manusia-manusia melayu, manusia amerika semuanya tidak boleh buat kerja apa. Peluang untuk kita hidup di akhirat kelak bergantung bulat-bulat di atas rahmat Ilahi. Kita orang melayu sunguh baik diberi oleh Allah Ta'ala Islam sejak daripada beratus tahun. Tiba-tiba kita ingat Islam ambil kebangsaan. Berpecah-pecah kerana kita sendiri tolak Islam. Cuba orang Melayu semuanya sudah Islam ini balik semula kepada Islam.

Islam bank melalui cara Islam. Nikah kahwin cara Islam. Berpolitik cara Islam. Memerintah negeri cara Islam. Tidak kena? kenapa? Nabi Muhammad sendiri menjadi Perdana Menteri ketika zamannya. Nabi Muhammad rela tinggalkan Mekah dan datang ke Madinah selama 10 tahun. Sepanjang 10 tahun siapa yang menjadi Perdana Menteri? Dia menjadi Imam solat. Dia menjadi panglima perang. Dia jadi penceramah. Dia menjadi menteri kewangan, semua dia. 

Kita balik semula kepada kita guna akal fikiran kita. Insya Allah yang mana tersasar daripada jalan sebenar, tinggalkan. Yang mana luar daripada Islam, tinggalkan. Kita guna Islam. Serba serbi kita guna Islam kerana Islam cukup. Jadi saya nasihat kepada rakan-rakan saya daripada orang melayu khasnya yang sudah Islam, yang sudah terima Islam balik semula kepada Islam, tinggal kebangsaan. Sebanyak mana kebangsaan, diktator, nasionalis semuanya untuk dunia. 

Tokoh-tokoh demokrasi, tokoh-tokoh nasionalis tidak kenal mengenai hal dalam kubur. Benda orang yang tidak pandai guna akal fikiran. Nabi Muhammad tahu melalui wahyu hal syurga hal neraka. Nabi sudah lihat. Balik dari Israk Mikraj syurga neraka. Mana ada tokoh demokrasi boleh sebut syurga neraka? Kan syurga neraka belum datang lagi. Nak guna mikroskop tidak boleh, nak guna internet tidak boleh. Bukan kecanggihan internet dapat mengerti benda-benda alam ghaib. Jadi mahu tidak mahu, kita kena terima Islam lengkap dunia dan akhirat.

Comments