Wahai Rasulullah berikan nasihat kepada saya. Nasihat yang pertama, jangan kamu maki kepada orang lain. Jabir mengatakan, mula daripada itu aku tak pernah mencaci kepada orang merdeka, hamba sahaya termasuk kepada binatang pun baik itu unta mahupun kambing tidak pernah aku mencaci kepadanya.
Kadang-kadang unta jalannya perlahan,kadang-kadang dia naik unta tergelincir jatuh atau kambingnya susah untuk dikawal. Dia tidak caci atau maki walaupun kepada binatang. Ada ketika seorang yang naik unta lalu untanya tergelincir jatuh dan dia pun ikut jatuh juga. Mengatakan celaka syaitan.
Kata Nabi, kamu jangan mengatakan binasa syaitan. Kalau kamu mengatakan begitu, syaitan akan berasa dirinya hebat kerana apa? Kerana orang itu telah mengotori lidahnya dengan cacian dan itu yang disukai oleh syaitan. Walaupun yang dilaknat syaitan. Yang dimaki syaitan, dia seronok kalau ada orang yang memaki syaitan kerana syaitan akan berasa besar, yang memaki sudah mentaati syaitan walaupun memaki syaitan. Jangan tertipu dengan syaitan walaupun memaki kepada syaitan.
Kalau kamu menyebut nama Allah, syaitan akan mengecut sehingga kecil yakni hina syaitan itu. Bila mana kalau seorang tergelincir ataupun apa yang berlaku kepada dia, bismillah, lahaulawalaquwataillabillah sebut nama Allah SWT. Maka di sini syaitan akan kecil. Jika dia maki syaitan, syaitan makin seronok. Mencaci orang Islam adalad perbuatan orang fasik. Subhanallah, jangankan orang, binatang tidak dicaci.Kalau seseorang menghidupkan kereta, kereta tak on, kadang-kadang kereta pun dia mencaci. Pasal geram tidak tahu apan nak dikata.
Comments