Jadi Presiden, Jadi Menteri, Ada Jawatan Gunalah Kesempatan Untuk Balas Budi Allah - UAI



Apa makna bersyukur? Bersyukur bermakna menggunakan segala nikmat yang Tuhan beri untuk balas budi Allah. Allah beri mata untuk kita tengok langit, tengok cakerawala, tengok bulan dan bintang untuk mentauhidkan Allah. Tiada kerajaan boleh buat seperti ini. Itu lah tujuan. Maka Allah yang sangat besar yang lain semua kecil.

Allah beri tangan untuk tolong orang. Allah beri kaki untuk melangkah ke masjid. Ini diberikan tangan buat sentuh orang perempuan. Beri kaki buat berjalan ke tempat fun fair, masjid tidak pergi. Beri mata buat tonton drama televisyen macam hindustan yang gelek punggung. Sudah lah tak tengok hadis, orang ini kufur nikmat mata. Dalilnya, lihatlah apa yang berlaku kepada kita sekarang. Umur 50, 60 tahun hadis tidak tahu, halal haram tidak tahu, baca kitab jauh sekali kerana tidak syukur dengan nikmat Allah. Allhamdulillah, itu bukan syukur, itu lafaz syukur. 

Seperti orang sembahnyang, 'usalli' يُصَلِّي dengan dengan rukun 13 lain. Rukun 13 itu sembahyang. Mula dengan takbir hingga salam, itu orang sembahyang. 'usalli' يُصَلِّي ? Itu lafaz niat. Dia pergi atas sejadah “Usalli fardhal maghribi salasa raka'atin adaan lillahi ta'ala” kemudian dia keluar. Itu dipanggil sembahyang? Tidak. Begitu juga dengan bersyukur. Begitu ramai lah orang di surau dan masjid,  Allhamdulillah, Allhamdulillah, Allhamdulillah (berzikir) sehingga hancur tasbih. Itu bukan lah bersyukur, itu cuma lafaznya sahaja. Kalau cuma lafaz sahaja, ramai lah orang yang bersyukur. Allah SWT berfirman: "Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur." (Surah As-Saba': ayat 13). Yang bersyukur banyak tidak ramai, yang kata Alhamdulillah ramai.

Jadi gunakan lah segala nikmat yang ada. Tuhan beri pangkat, jadi Perdana Menteri, jadi Menteri, jadi Presiden, jadi gabenor ambil kesempatan untuk balas budi Allah dengan kuasa yang kita ada. Jadi ketua jabatan, jadi pengarah dalam jabatan. Jemput ustaz, jemput tok guru untuk mengajar staf di pejabat, ambil kesempatan dari kuasa yang kita ada untuk balas budi Allah. Itu orang yang bersyukur.

Comments