Saturday, January 28, 2012

Maldives, negara islam yang menakjubkan

Sejarah Ehwal Islam Maldives salah satu laman rasmi Maldives menyebutkan negara tersebut menjadi negara Islam pada tahun 1153 Masihi. Sebelumnya, Maldives merupakan negara Buddha.

Menurut legenda, adalah seorang Muslim Sunni dari Maghribi (Afrika Utara),  yang membawa Islam ke Maldives. Muslim tersebut pembawa syiar yang juga seorang hafiz, Abul Barakat Yoosuf Al Barbary, tiba di Kota Malé (sekarang ibu kota Maldives) dan menetap di sana untuk menyebarkan Islam.

Legenda tersebut berdasarkan pada kisah seorang musafir Muslim Berber berasal Maghribi, Abu Abdullah Muhammad Ibn Batuta (1304-1368), dalam catatan perjalanannya, Rihla (The Journey).

Menurut Jawaharlal Nehru dalam Glimpses of World History, Ibn Batuta adalah seorang peneroka ulung. Beliau menghabiskan masa 30 tahun, di antaranya untuk menjelajah Afrika Utara, Afrika Barat, Eropah Selatan, bahagian barat Eropah Timur, Timur Tengah, Asia Selatan, dan bahagian timur China. Ibn Batuta juga dikenali sebagai Shams ad-Din (AS Chughtai, 1990 dalam Ibn Battuta - The Great Traveler).

Selanjutnya, menurut Thangeehu Kurevunu Dhivehi Raajjeyge Thaareekhuge Thanthankolhu (Petikan-petikan dari Sejarah Maldives yang telah diteliti), Abul Barakat berjaya mengislamkan Maldives selepas melalui perjuangan yang panjang dan rumit. Usaha pertamanya gagal sebelum akhirnya dia memilih mngenalkan syiar Islam di kalangan kerajaan. Kerana, orang pertama yang memeluk Islam pada masa itu adalah seorang raja, Sri Tribuvana Aditiya, yang kemudian diikuti isteri dan anak-anaknya.

Setelah memeluk Islam, raja menukar kepada nama Islam, yakni Muhammed Ibn Abdulla. Raja (kemudian diganti menjadi sultan) yang telah memimpin sejak 1138 M itu lalu menghantar pendakwah-pendakwah Islam ke pelbagai penjuru Maldives untuk menyebarkan Islam.

Setelah penduduk Maldives memeluk Islam, candi-candi dan patung-patung Buddha dimusnahkan. Penggalian arkeologi yang dilakukan dalam abad ini membenarkan fakta mengenai kewujudan candi-candi tersebut selama abad ke-12 Masihi.

Masih menurut legenda yang sama, Sultan Muhammed Ibn Abdulla-lah yang mengarahkan pembangunan Masjid Dharumavantha Rasgefaanu Miskiiy (diterima dari kata "mosque"), termasuk juga cikal bakal pembangunan Hukuru Miskiiy pertama yang kini dikenali pula dengan nama Friday Mosque. Dan Abul Barakat sang pembawa Islam diminta menetap di Maldives untuk mengajar Islam kepada penduduk di sana.

Abul Barakat akhirnya meninggal dunia, masih dalam masa kekuasaan Sultan Muhammed Ibn Abdulla. Menurut sejarawan Hassan Thaajuddheen seperti disiarkan dalam maldivesstory.com.mv, Abul Barakat dimakamkan di Medhuziyaaraiy di Kota Malé. Medhuziyaaraiy kini menjadi salah satu laman suci yang terletak di sebelah istana presiden dan menjadi daya tarikan pelancongan di Maldives. Dalam bahasa Dhivehi, "Medhu" bererti pusat atau tengah, sedangkan "ziyaaraiy" bererti makam.

- terjemahan dari unikaneh.com



1 Responses to “Maldives, negara islam yang menakjubkan”

  • May 21, 2013 at 5:18 PM
    Hey there just wаnted to giѵe уou а quick heaԁs up.

    The teхt in your ρost seem to bе гunning off
    the ѕcreen in Oρеrа.
    I'm not sure if this is a formatting issue or something to do with internet browser compatibility but I figured I'd рost to lеt you know.
    The laуout look great though! Hope you get the issue
    solved soon. Cheers

    Ηеre іs my blog :: Any Driver Car Insurance
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

    Back To Top
    Profile Picture
    ©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
    Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
    E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam