Sunday, January 22, 2012

Mari muhasabah diri, 10 sebab kenapa solat tidak diterima oleh Allah SWT

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Terdapat Hadis Rasulullah saw juga mengatakan bahawa terdapat 10 golongan manusia yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu:

Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

Orang perempuan yang suaminya marah / menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

Orang yang suka makan riba.

Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

0 Responses to “Mari muhasabah diri, 10 sebab kenapa solat tidak diterima oleh Allah SWT”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam