Saturday, January 14, 2012

Posisi tidur yang menyebabkan anda jadi bodoh


Manusia normal yang berada di atas bumi pasti melakukan aktiviti ini, walaupun cuma 1 jam sehari. Zaman dahulu kala orang tidur memakai bantal kayu atau batu atau bahkan tidak memakai bantal. 

Kebiasaan tidur dengan bantal kayu atau batu, menyebabkan orang-orang dahulu boleh bangun dengan segar bugar, kerana tubuh mereka boleh berehat secara total semasa tidur. Berbeza dengan mereka yang tidur di atas katil empuk, tubuh mereka tidak boleh berehat kerana saling menekan dengan alas tidurnya.

Posisi tidur yang betul adalah tubuh secara mengiring ke kanan dengan kaki bahagian atas di tekuk, dan tangan kanan sebagai bantal. Tidur dengan kedudukan ini akan mengalirkan darah ke otak dengan sempurna, kerana kedudukan kepala lebih rendah dari jantung.

Posisi tidur yang membuatkan jadi bodoh adalah terlentang, meniarap, dan kaki mengangkang. Posisi ini diibaratkan sebagai cara tidur binatang, kerana aliran darah tidak lancar, perut dan dada tertekan, juga aliran darah ke otak juga terbantut.








Tidur yang baik berada dalam keadaan atau ruang yang gelap, terhindar dari cahaya yang silau. Rangsangan cahaya yang terlalu banyak, menyebabkan otak tidak optimum dalam melakukan defragmentasi(susunan) data-data yang terakam sebelum tidur, ini akan memberi kesan kepada daya ingat pada jangka masa yang lama.

Posisi tidur mengiring sebelah kanan supaya proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya perut di atas hati, agar makanan akan larut dari perut. Selain bermanfaat bagi pencernaan yang tidak ada 3 manfaat lain yang boleh diambil dari kedudukan tidur mengiring ke sebelah kanan:

a. Untuk bernafas, tidur mengiring mencegah jatuhnya lidah kebelakang yang boleh menganggu saluran udara. Lain halnya jika tidur pada posisi terlentang maka relaksasi lidah pada ketika tidur boleh menyebabkan menghalang saluran nafas, menyebabkan seseorang berdengkur.

Orang yang berdengkur akan mengakibatkan tubuh kekurangan oksigen malah kadang-kadang boleh berlaku terhenti nafas untuk beberapa saat yang akan membangunkan orang yang tidur dengan posisi demikian. Orang tersebut biasanya akan bagun dengan keadaan pening kerana kurangnya bekalan oksigen ke otak. Tentunya ini sangat mengganggu tidur kita.

b. Untuk jantung, tidur mengiring kesebelah kanan membuat jantung tidak tertimpa organ lain ini kerana kedudukan jantung yang memang berada lebih disebelah kiri. Tidur bertumpu pada sisi kiri menyebabkan curah jantung yang berlebihan kerana darah yang masuk ke atrium juga banyak, sebab paru-paru kanan berada diatas sedangkan paru-paru kanan mendapatkan bekalan darah yang lebih banyak dari paru-paru kiri.

c. Bagi kesihatan paru-paru, paru-paru kiri lebih kecil berbanding dengan paru-paru kanan. Jika tidur mengiring kesebelah kanan, jantung akan jatuh kesebelah kanan, itu tidak menjadi masalah kerana paru-paru kanan besar, lain halnya kalau bertumpu pada sebelah kiri, jantung akan menekan paru kiri yang bersaiz kecil, tentu ini sangat tidak baik.

Ada beberapa hadis Rasulullah berkenaan posisi tidur; 

"Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu." (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya." (HR. Abu Daud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

"Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla." (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih)

"Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'allaihi wasallam membenci tidur malam sebelum (solat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya." [Hadith Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235)]

"Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan solat." (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)

- terjemahan dan disusun dari hajsmy.us

0 Responses to “Posisi tidur yang menyebabkan anda jadi bodoh”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam