Bangkok demo larangan bertudung

Sekumpulan penunjuk perasaan berkerumun di depan bangunan parlimen Bangkok, Thailand hari Selasa, (10/01/2012) mendesak diperbolehkannya hak bertudung.

Sekitar 200 perwakilan dari Kumpulan Muslim untuk Perdamaian (MGP) tiba di parlimen untuk mengemukakan surat permintaan kepada Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meminta membincangkan masalah larangan jilbab pada para pelajar di sekolah Wat Nong Chok pada pertengahan tahun 2010.

Pihak sekolah Wat Nong Jok mengatakan telah mencabut larangan itu sejak tahun lalu. Namun, para murid mengaku mereka masih dipaksa oleh guru untuk melepaskan jibabnya. Sekolah menyatakan, larangan itu dikuatkuasakan kerana letak sekolah berada di sebuah kuil.


Rancanganya, tuntutan tersebut akan diajukan secara terus pada Menteri Pendidikan Thailand Worawat Aupinayakul. Jabatan Pendidikan Thailand sendiri membenarkan murid beragama Isam, sebagai kelompok minoriti, untuk mengenakan tudung.

Pihak Kementerian Pendidikan mengaku, pada 29 April 2011 telah mengeluarkan kenyataan rasmi, bernombor 0209/6232, yang isinya menyebut pihak kementerian menganggap Sekolah Wat Nong Chok sudah merosakkan peraturan-peraturan rasmi yang memandang persoalan seragam sekolah yang dipakai oleh para pelajar Muslim.

Kerananya, sebaiknya pelajar beragama Islam dibenarkan untuk memakai pakaian sesuai keyakinan agama mereka. Malangnya, diskriminasi terhadap keyakinan para pelajar beragama Islam di Wat Nong Chok nyata-nyata terus berlangsung, demikian tulis surat itu dipetik laman Bangkokpost.

Banyak kakitangan di sekolah justeru berpegang teguh pada salah faham mengenai pelajar memakai tudung. Beberapa guru bahkan sengaja tidak mahu mengajar jika masih ada murid Muslim yang memakai tudung di dalam kelas.

Oleh sebab itu Kumpulan Muslim untuk Perdamaian (MGP), bersama-sama dengan beberapa persatuan Muslim lain mendesak kerajaan Bangkok kembali mengeluarkan surat rasmi menangani hak pelajar Muslim untuk memakai pakaian blus lengan panjang dan tudung.

Para penunjuk perasaan juga meminta agar seragam sekolah pelajar Muslim boleh didapati di setiap sekolah di seluruh negeri.

"Kami hanya boleh mengenakan tudung di sekolah-sekolah berbeza agama di seluruh negeri. Seharusnya larangan ini tidak berlaku di sekolah mana-mana. Padahal dengan adanya tudung di sekolah perbezaan agama merupakan keindahan kesatuan dalam kepelbagaian," kata Mohamad Fauzi Yena, pemimpin MGP.
- terjemahan dari hidayatullah.com

Comments

Anonymous said…
Cruel.