Dalam Al-Quran dipaparkan bahawa manusia diciptakan melalui tiga tahapan dalam rahim ibunya.
"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan ? " (QS. Az-Zumar: 6).
Sebagaimana yang akan difahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahawa seorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga peringkat yang berbeza.
Sungguh, biologi moden telah mengungkap bahawa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga tempat yang berbeza dalam rahim ibu. Sekarang, di semua buku pelajaran embriologi yang dipakai di pelbagai fakulti perubatan, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan asas.
Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku rujukan utama dalam bidang embriologi, fakta ini diuraikan sebagai berikut: "Kehidupan dalam rahim mempunyai tiga tahap: pre-embrionik; dua setengah minggu pertama, embrionik; sampai akhir pekan kelapan, dan janin; dari pekan kelapan sampai kelahiran. " (Williams P, Basic Human Embryology, 3. Edition, 1984, s. 64.)
Fasa-fasa ini merujuk pada tahap-tahap yang berbeza dari perkembangan seorang bayi. Ringkasnya, ciri-ciri tahap perkembangan bayi dalam rahim adalah sebagaimana berikut:
Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.
Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai "embrio". Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mula terbentuk dari lapisan-lapisan sel tersebut.
Tahap Fetus
Bermula dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus". Tahap ini bermula sejak kehamilan bulan ke lapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus peringkatan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua-dua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama lebih kurang 30 minggu, dan perkembangan berlanjutan hingga minggu kelahiran.
Maklumat mengenai perkembangan yang berlaku dalam rahim ibu, baru diperoleh setelah siri pengamatan dengan menggunakan peralatan moden. Namun, sebagaimana sejumlah fakta ilmiah yang lain, maklumat-maklumat ini disampaikan dalam ayat-ayat Al-Quran dengan cara yang ajaib. Fakta bahawa maklumat yang sedemikian terperinci dan tepat diberikan dalam Al-Quran pada saat orang mempunyai sedikit sekali maklumat di bidang perubatan, merupakan bukti nyata bahawa Al-Quran bukanlah ucapan manusia tetapi Firman Allah.
- sumber dari republika.co.id
Comments