Wednesday, September 15, 2021

Maksudnya nanti di mahsyar kena pergi tanya orang itu ustaz?

Ahli neraka, ini  kita dengar ini bukan untuk kita masuk neraka. Kita dengar pada malam ini supaya kita semua orang buat persiapan untuk jauhkan diri daripada dosa, jauhkan diri daripada ambil harta orang dan hak orang. Jauhkan diri daripada menyebut dan membuka aib orang. Jauhkan diri daripada mengumpat dan menyebut keburukan orang. Ini semua hak orang. Hati-hati. 

Lagi orang itu tak maaf, tidak dimaafkan. Allah tak akan maafkan sehinggalah orang yang dikutuk itu memaafkan. Hati-hati. Dosa dengan orang hati-hati. Dosa dengan Allah bertaubat sekelip mata dengan taubat nasuha Allah ampunkan. Tapi kalau dosa dengan orang, lagi orang itu tidak ampun, Allah tidak akan ampunkan. Maksudnya nanti di mahsyar kena pergi tanya orang itu ustaz? kena pergi minta dengan orang itu. Dengan berapa ramai kita berbohong, dengan berapa ramai kita mengumpat, dengan berapa ramai orang kita tabur fitnah dekat dia, berapa ramai kita buka aib satu-satu orang. Nampak tak tu dosa-dosa kita dengan orang. Hati-hati...hati-hati, saya sekali dan kita semua. - Ustaz Wadi Annuar

0 Responses to “Maksudnya nanti di mahsyar kena pergi tanya orang itu ustaz?”

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara 2010
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam